heart u!

Thursday, March 29, 2012

lebamkan diriku, lebamkan dirimu

assalamualaikum!


selamat pagi!!

yosh i tak tidur lg okeyy.. ini adelah miracle. once in a blue moon tahu. sbb call time tidur eden adelah sebelom kol doblas ye. if tdo kol 12.05 baru nak tidur pon budak ni dah buat muka pelik.


"eh kak rehan. tak tidur lg? buat ape?"
"kak rehan, ade asimen ke? kenapa tak tidur lg ni?"
"peliknya kak rehan still berjaga"


begitu skali ye. oh btw i mmg paleng tua ye skang kt ghumah ini. walopon umur dah meningkat tp i still perasan remaja lg tau. 


sebab tu haritu pergi suka suka menyakitkan diri main paintball. baru remaja, young and dangerous you. RAWR!


time cerita kat umi pon dia macam, "buat ape pegi main? balik siap lebam lebam. orang main nak seronok suka suka, ni kita buleh(read: dapat) sakit pulok". umi ni tak adventure lah..tu la dulu kawen muda sgt, time umor i dulu dia dah dok bizi basoh beyak anak kot. heehehhe :p



marilah layan gambar sahaja. ni guna phone camera je sbb semua nak main, so mcm susah la plak if bwk camera besar. yg join paintball ni plak dr pelbagai lapisan masyarakat. heh sbbnye tak plan bebetul, mmg pakai tanye je la sesape yg free. sape cepat respond, dia dpt. haa gtu. lagipon nak riki trek la if orang lain nak g maen plak ke lepas ni kan. 



inilah barisan kita! yang tak berapa ikhlas berjuang! *kalo main free misti lagi naik tahap keikhlasan :p*







muka excited yang tak tahu padah yg bakal mengundang. 






jjyeaah lipstik perisa paintball. saket tahu! memula lepas kne tembak tu siap ingat gigi patah. pastu down gila pikir mcm mane nk menghadapi masyarakat sebab dah rongak. over tau. padahal plastik pallet tu je yg masuk mulut. kusangkakan mende itu serpihan gigi. *imaginasi tinggi sungguh*







mini picnic sebentar sebelom semua pulang kejalan yg benar.



picture credit to hilmi aka kodok. 


seronok gilaa tapi sebab ni first time main. mmg betul2 mcm berperang lah rase. time first round lari dgn sangat beria ria sampai nak pengsan. ini serius. lepas habis first round tetbe rs mcm pening, kabur2 sikit mata, nak muntah la bagai. budak2 ni ckp muka aku pucat gilaa. memula siap taknak main second round tu. tp oleh kerana darah pahlawan yg mengalir didalam diri ini *over lg biasela kan* , ku tak mugkin menyerah! yeah. then minom air, minom gatorade, dh okay sikit, terus pakai balik equipment segala, gagahkan tgn angkat marker dan sambung berperang! hoho




lepas dh msk tempat main yang second round tu, dah nampak musuh yg sangat kerek, lg la semangat tau. time second round ni byk gila kena tembak. 




hasil lebam yg berjaya ditemui adelah 13. tu termasuk kecederaan tgn dan jari gak la. mujur yg kena kt mulut tu tak jadi pape. if not feeling angelinot joli den sebab mulut bengkak. hehe



btw bayaran utk main ni aud34 utk sewa equipment semua + 100pallet. then sebab xcukup pallet, kami bli lg 2nd round, murah sket, aud12.50 utk 100 pallet. if korg berminat boleh la tgk kt sini:






lots of laf~





Monday, March 19, 2012

melayang lagi

assalamualaikum


alkisahnye semalam bdk2 jr curtin ade buat housewarming. demi tidak menghampakan tuan rumah, haruslah memenuhi jemputan kan. padahal makan2 free ni mmg kau suka. nyums. semua makanan sodapp gila. laksa johor buat aku termimpi2, nanti harus mintak resepi ye. bihun jugak sedap. dessert apetah lg. yg paleng sedap yg apee ke nama, bee...benoufel ke ape tah. banoffee pie...haaa yg katanya senior uwa yg bawak kot. keh keh keh





hal makan, itu mmg gembira. lepas ni nak cerita sedeh plak. lepas kenyang perut suka hati, kiteorg menuju lah ke cottesloe beach sbb nak g amek gambar sculpture. ade byk gila sculpture mcm2 artist yg buat. artis ni bkn yang berlakon and bernyanyi tu ye. ni art-ist. org yg buat art. jgn salah faham disituu. walopon dah senja, kteorg gagah la jugak pergi sbb smalam last day pameran sculpture itu. 




 
cottesloe yang cantik! nampak tak menda silver bentuk peliks itu, haaa itu one of the sculptures lah.









 
tudiaaaa tudiaaa...skru besaq gila!







 
kalo ada paip cenggini kat ghumah, tak payah pergi waterfall lg naa..







 
jengkaut pasiaq!





 
ni paleng senang. guna word 2010, times new roman, size 500. hehehehee






yeap, kteorg amek gambar time sunset tu...tu be exact time maghrib. haa. mmolek mmolek. then kononnye nak shoot blk solat kt rumah, tp tetbe pikir takot lah jem ke tak sempat, maka kami solat lah di atas padang yg hijau dan di tgh ramai org. tgh2 solat ade plak yg dok amek2 gambar sculpture lain lepas tu tgk tgk. misti deorg igt kami ni pon sejenis sculpture. (=.=)





memandangkan semua org lapar, maka kami bersetuju utk singgah dinner kt nandos stirling tu. dah sumbat elok elok baik punya anak2 dlm kereta, maka kami bergerak meninggalkan seribu kenangan di cottesloe beach. ceaa mcm tak pergi dah kan. poyus.





oh btw kami ber enam ye. sumbat masuk sikun ku yg comel itu. and kt sini mana boleh muat orang ramai2 tau. maximum 5people sbb semua kna pakai seat belt. dok sronok bersembang tu, lepas je roundabout baikk punya abg polis tgh tggu. igt nak jalan terus je buat bodo tp dia dah angkat lampu siap suruh parking. shutttttt mmg mamfus lah. dahla lebih muatan, tak pakai seat belt plak tu. 






dia dtg mntak lesen bagai, pastu check alchohol jugak.then polis suluh suluh blkg ckp pasal tak pakai seat belt. aku pon pusing lah nk tgk keadaan blkg. skali tinggal syara, yaa dgn dhamirah je. jeng jeng. kemanakah si zamer menghilang. rupanya bila dh nampak polis tu, dia tros jatuhkan diri kt bwh seat pastu menyorok. kepala dia bdk ni tutup dgn beg. peeehh gila cekap tahap moksya. syabash bettey. 




time ni aku dh stat baca mcm2 doa kot, jgn lah dia nampak zamer jgn lah dia nampak zamer. at least kena saman pasal seat belt je. ni if dia nmpak lebih muatan brape plak kena kann. lepas lama dia bwk lesen aku, then finally dia pulangkan bersama saman. tsk.




act dia ckp sepatutnya tak pakai seat belt kena saman aud500, sebab 2 org makanya jadi aud1000. then as a driver sbb aku tak pastikan penumpang pakai seat belt, kena lah aud600. tapi sebab kesian kan kami dia kata dia charge yg driver je. then siap kata boleh kongsi kongsi bayar. wuuuuwu apelah salahnye warning je ke. kami ni student. sekingg tau. 




ni gmbo upload kt intagram smalam. yg atas tu tiub utk test alcohol. yang bawah.....haih baca lah sendiri. tak sanggup nak ckp lg. 



aritu bayar roadtax 221, servis keta 380, ni saman pulok 100.







lots of laf~







Wednesday, March 14, 2012

AUD 380


assalamualaikum!


nak bersyair jap boleh?

nak gak. 



AUD380, kau bagaikan butiran permata,
yang bergitu bernilai buat diriku,
tapi mengapa kau pergi,
tinggalkan ku sendiri.

AUD380, mengapa kalu begitu tegar,
pergi berlalu tanpa menoleh lagi,
sungguh keras hatimu itu,
padahal kau tahu ku masih sayangkanmu.

AUD 380, kini kau milik orang,
orang yang amat asing bagimu.
namun begitu aku redha,
lepaskan mu walau ku terseksa.




*tepuk tangan semua..tepuk2*


peehh tak sedapp langsong kan. mmg dh jenis tak berseni nk buat guano. 


tau tak sape AUD380? yeee itu adelah duet. yang melayang semalam setelah servis sikun kesayangan. tsk ketaq jari kaki tgn time nak bayar tu tauuuu. slow motion je duet bertukar tgn. 


aritu dh set appointment kol 3.30ptg dgn abg keje RAC tu. dia org malaysia lah. pastu tung tang jammed la ape bagai, skali smpai kt RAC northbridge tu kol 3.50gtu la..then jumpa dia, pastu dia bukak bonet cerita2 jap nak tuka spark plug etc panjang gila yg aku pon bukan pahan sgt pon. iyekan ajee. jgn kne tipu dah.heh tetbe dia ckp maybe jd lg mahal la. aritu memula deal dlm aud200-300. 


then dah hantar kereta tu malas laplak aku nk tercongok dlm workshop tgk deorg buat kerja. maka dgn yakin diri nya pergi carik bus stup nak pergi  city. northbridge dgn nity tu dekat je...tp if nak jalan boleh tahan basah ketiak gak la panas panas camni kan. hahaha






itu je jalannye. dari A nak ke B. naiklah blue cat, bas pusing city yang free tu. semua bas yang cat (cat kucing ye bukan cat rumah) red cat, blue cat or yellow cat yg pusing dlm city perth ni mmg free. so if dtg jln sini, dont worry be happy. naik, dan jgn lupa sengeh pada driver dan bila turun jgn lupa ckp thank you. tu saje.







 
blue cat bus stop





 
part of the city.




bila sampai city tu dan nak pengsan kehausan, terus menuju easyway lah apelagi. pastu jln city jap..tgh seronok jenjalan tu, ade panggilaan dr anak kt ghumah deorg nak gak bubble tea sbb nampak sy check in foursquare. ni la padah check in sana sini. hahahaha joking girls muah sket korg. 




then abg tu call la ckp kreta dah siap. maka cecepat nak g cari bus stop blue cat to back to northbridge. tapi hidup ni tak mudah ye kawan kawan. hahahaa misi pada asalnya naik bas tak nak bg peluh ketiak gagal. sebabkan tak tahu nak naik bas menuju ke northbridge dari mana. mmg pusing kesana kesini sambil menggendong 5 bekas bubble tea large. seronok sgt rasa sampai plan nak g gym terus dibatalkan kerana rasa dah cukup eksesais untuk hari itu. 






 
doploh minit aku pusing carik ini punya bus stop. 




sambil jinjit ini 

 







tapi dimana ada kemahuan di situ ada highway kan. adnan sempit yang cakap ye. finally i manage to hop in the blue cat yg menghala ke northbridge hurreyyy! tapi drama tak berenti disitu aje ye...dh elok sampai dpn RAC punya workshop tu tetba nampak ade ambulans la kereta polis pulak....dah kenapa. terus berdebar even rasanya takde la buat salah ape pon. 





then abg tu dtg bg kunci kereta pastu dia cita ade officer RAC baru keluar dari workshop tu kene langgar dgn porsche. si driver porsche ni baik punya tekan minyak pastu langgar org tu smpai patah tengkuk. mmg langgar kt tgh2 kereta ok. oh aku smpat snap gambar dr jaoh je. tak mau la g dekat. sewwraaaaamnnyeeh!







terus baca doa panjang panjang and pecut blk rumah. fuh. bila dh bwk kereta tu, rasa agak berbaloi la gak kne charge begitu sbb mmg smooth, break tak bunyik lg. tak perlu berusaha keras tekan minyak sgt. ni kejap lg nk g lg workshop sbb abg tu ckp nak letak something dlm tmpt minyak hitam utk increase performance. smalam tak letak sbb tank minyak kosong. hehehe..



lots of laf~




Tuesday, March 13, 2012

crabbing::::::::kak tie's farewell::::::::farah's wedding

assalamualaikum!


hawauuuyouuuguyss?

sehat kee semua?


pappp pappp tampar diri sendiri sebab sangat kemalasan nak hapdet itu dan ini. so skali harung je lah na.


mari kita korek cerita beberapa minggu lepas. heeh


3march aritu, kteorg g crabbing kt mandurah. at the same spot mcm last year punya. praying hard to get lots of crab sbb last year dpt sekor je...tu pon kecik. heh sodih betol. aku nak sgt pergi bila denga geng2 bdk jr yg pergi crabbing tgh bulan 2 aritu deorg dpt 81ekor ketam kot...gila okay. tak seronok plak kan dpt byk cenggitu.


so berbekalkan semangat yg membara, 13ketul org berjaya dikumpul dan dipaksa utk g crabbing. sbb ikotkan ketua rombongan encik nazirul, maka kol 6pagi lagi dah gerak menuju rumah beliau tau. gigih takkk...gigih tak. 

then aku suroh bdk jr drive kete aku sbb aku nk tdo. penat kot mlm itu tdo kejap gila sbb nak siapkan makanan2. cewaah mcm beriya no padahal ko msk bihun goreng je pon. tak sedap lak tu. heh



all picture credit to yaa, my new architect housemate. shes single and available btw. tehehehe. 






tudiaa sauk penangkap ketam. masuk air, jalan slow slow. pandangan mata harus tajam tgk dlm air. carik ketam yg tgh bersembunyi...terus sauk! yeahh itu ye cara cara crabbing. 





di awal pagi yang masih mangat. 




si ketam.



bkn semuayg kita tangkap boleh bwk balik tau. bila dah dpt sauk tu, kene la plak ukur dlu..if tak memenuhi spesifikasi, kne lepaskan balik...maknanya ketam tu belom mumayyiz lg kot utk di makan. hehehe if perasan kt gamba first td ade ketam and dgn pengukur kaler kuning. 



dh tangkap ketam 14ekor, then makan2 jap,tukar baju, tros pecut pulang ke rumah. malam plak dinner sama sama makan ketam di bwh cahaya lampu dekat james oval tepi tmpt org maen cricket tuh. awesome sgt. tak pernah di buat org kan. haha



habis cerita ketam, ade farewell kak tie and family plak. tekejot gak bila bdk ni ckp kak tie nak blk for good. sbb igtkan mmg dia nak duduk kt perth ni. so kiteorg msk la nasik ayam sket sbb potluck kan. 





kak tie is in the middle. eh eh bukan yg baju putih tu laaa. =.= yg tu tuan tanah ni. ish. lagipon dia masih adik. hahahaha 




pastu ana pon nak blk dahh..sobs. semua dh nak blk. kesian i tinggal kasorangan kt sini..harus la blaja cecepat pastu nak blk buat ape ape yg patut dibuat. eh? ;)





9march aritu plak, my first bestfriend punya wedding. faham tak perasaan sedih tu. bila kawan baik sendiri kawen pastu tak dpt pergi? faham takkk?? wuuwuu kawan dari zaman sekolah ni. our friendship nearly 10years dahh tuu...sobs sorry darling cant make it. aku dok berjuang di tanah asing ni. uhuhu



farah liyana and tengku petra after the solemnization. her kebaya sgt cantik. classy yet elegant. aku suka gila sbb kain kebaya dia sama or lebih kurg sama dgn sampin the groom. waaalaaah! nice sgt. if tak salah tgk la..sbb aku pon tgk gambo jee...sobs sedih blk. 






this was on sunday nite, their reception dekat sime darby convention center. aku skype ngan bebudak ni pon dah feeling rase mcm duduk kt majlis tu tau. thanks bicak pojie ila bali sha sbb skype ngan i mlm itu. hehe terharuu walopon xdpt amek gmba ngan farah. 

gamba2 kawin farah semua dr whatsapp group gossiperss. hehe


what a beautiful wedding. i.allah, our time will come, love. *sambung berangan instead of buat kerja.*



hohoho




lots of laf~